SYARAT KEAHLIAN

Keahlian Persatuan ini adalah terbuka kepada mereka seperti berikut:-

  1. Semua anak Perlis yang berumur 18 tahun ke atas.
  2. Sebarang warganegara Malaysia yang pernah berkhidmat di negeri Perlis.
  3. Sebarang lelaki atau wanita yang bernikah dengan orang Perlis.
  4. Mereka yang mempunyai sebarang hubungan dengan negeri Perlis.

JENIS KEAHLIAN

  1. Ahli Seumur Hidup - Ahli-ahli ini adalah ahli-ahli yang membayar yuran sebanyak RM100.00 sekali gus.
  2. Ahli Kehormat - Ahli-ahli ini adalah ahli-ahli daripada orang kenamaan yang telah banyak membuat jasa kepada Persatuan. Pelantikan mereka adalah dibuat oleh Jawatankuasa Persatuan. Ahli-ahli ini boleh menggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh Persatuan tetapi tidak boleh mengundi dalam sebarang mesyuarat Persatuan. Ahli-ahli seperti ini adalah dikecualikan dari membayar sebarang yuran keahlian.

PROSES PERMOHONAN

  1. Permohonanan boleh dibuat dengan mengisi borang keahlian atau mengisi permohonan secara dalam talian
  2. Setiap permohonan hendaklah dicadang dan disokong oleh ahli yang lain dan akan disampaikan kepada Setiausaha untuk pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa.
  3. Jawatankuasa adalah berhak untuk menerima ataupun menolak sebarang permohonan untuk menjadi ahli tanpa memberikan sebab yang tertentu dan keputusan itu adalah muktamad.