SYARAT KEAHLIAN
Keahlian Persatuan ini adalah terbuka kepada mereka seperti berikut:-
- Semua anak Perlis yang berumur 18 tahun ke atas.
- Sebarang warganegara Malaysia yang pernah berkhidmat di negeri Perlis.
- Sebarang lelaki atau wanita yang bernikah dengan orang Perlis.
- Mereka yang mempunyai sebarang hubungan dengan negeri Perlis.
JENIS KEAHLIAN
- Ahli Seumur Hidup - Ahli-ahli ini adalah ahli-ahli yang membayar yuran sebanyak RM100.00 sekali gus.
- Ahli Kehormat - Ahli-ahli ini adalah ahli-ahli daripada orang kenamaan yang telah banyak membuat jasa kepada Persatuan. Pelantikan mereka adalah dibuat oleh Jawatankuasa Persatuan. Ahli-ahli ini boleh menggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh Persatuan tetapi tidak boleh mengundi dalam sebarang mesyuarat Persatuan. Ahli-ahli seperti ini adalah dikecualikan dari membayar sebarang yuran keahlian.
PROSES PERMOHONAN
- Permohonanan boleh dibuat dengan mengisi borang keahlian atau mengisi permohonan secara dalam talian.
- Setiap permohonan hendaklah dicadang dan disokong oleh ahli yang lain dan akan disampaikan kepada Setiausaha untuk pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa.
- Jawatankuasa adalah berhak untuk menerima ataupun menolak sebarang permohonan untuk menjadi ahli tanpa memberikan sebab yang tertentu dan keputusan itu adalah muktamad.