Wednesday, Sep 2025
Follow Us
Persatuan Perlis Kuala Lumpur Persatuan Perlis Kuala Lumpur
  • Home
  • Perihal Persatuan
    • Latar Belakang dan Sejarah
    • Tujuan dan Maksud
    • Ahli Jawatankuasa
  • Keahlian
    • Maklumat Keahlian
    • Borang Keahlian
  • Galeri Foto
  • Hubungi Kami

Sidebar

Main Menu

  • Home
  • Perihal Persatuan
    • Latar Belakang dan Sejarah
    • Tujuan dan Maksud
    • Ahli Jawatankuasa
  • Keahlian
    • Maklumat Keahlian
    • Borang Keahlian
  • Galeri Foto
  • Hubungi Kami
Details
Maklumat Persatuan

Tujuan dan Maksud

Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL) ditubuhkan untuk mencapai tujuan dan maksud seperti berikut :-

  1. Menyokong dan menyanjung tinggi prinsip-prinsip Rukun Negara.
  2. Mengeratkan tali persaudaraan di kalangan anak-anak Perlis dan mereka yang ada hubungan / kaitan dengan Negeri Perlis dari segi ekonomi, sukan dan kebudayaan.
  3. Berusaha untuk bantu-membantu di antara satu sama lain. Walau bagaimanapun Persatuan ini tidak boleh mengeluarkan faedah-faedah seperti yang tersebut dalam seksyen 11, Akta Pertubuhan 1996.
  4. Menerima serbanika sumbangan ataupun derma bagi mengukuhkan Tabung Kewangan Persatuan.
  5. Berkerjasama dengan lain-lain pertubuhan yang halal dan sah dari segi undang-undang.
Details
Maklumat Persatuan

Perihal Persatuan

Details
Maklumat Persatuan

Maklumat Keahlian

SYARAT KEAHLIAN

Keahlian Persatuan ini adalah terbuka kepada mereka seperti berikut:-

  1. Semua anak Perlis yang berumur 18 tahun ke atas.
  2. Sebarang warganegara Malaysia yang pernah berkhidmat di negeri Perlis.
  3. Sebarang lelaki atau wanita yang bernikah dengan orang Perlis.
  4. Mereka yang mempunyai sebarang hubungan dengan negeri Perlis.

JENIS KEAHLIAN

  1. Ahli Seumur Hidup - Ahli-ahli ini adalah ahli-ahli yang membayar yuran sebanyak RM100.00 sekali gus.
  2. Ahli Kehormat - Ahli-ahli ini adalah ahli-ahli daripada orang kenamaan yang telah banyak membuat jasa kepada Persatuan. Pelantikan mereka adalah dibuat oleh Jawatankuasa Persatuan. Ahli-ahli ini boleh menggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh Persatuan tetapi tidak boleh mengundi dalam sebarang mesyuarat Persatuan. Ahli-ahli seperti ini adalah dikecualikan dari membayar sebarang yuran keahlian.

PROSES PERMOHONAN

  1. Permohonanan boleh dibuat dengan mengisi borang keahlian atau mengisi permohonan secara dalam talian. 
  2. Setiap permohonan hendaklah dicadang dan disokong oleh ahli yang lain dan akan disampaikan kepada Setiausaha untuk pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa.
  3. Jawatankuasa adalah berhak untuk menerima ataupun menolak sebarang permohonan untuk menjadi ahli tanpa memberikan sebab yang tertentu dan keputusan itu adalah muktamad.
Page 2 of 2
  • Start
  • Prev
  • 1
  • 2
  • Next
  • End
Show more post
Copyright © 2025 Persatuan Perlis Kuala Lumpur. All Rights Reserved.