Perutusan Tahun Baharu 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Ahli-Ahli Persatuan Perlis Kuala Lumpur yang dihormati sekalian.

1 Januari 2017, kita menyambut kedatangan Tahun Baharu dengan penuh kesyukuran. Melangkah ke tahun 2017 bermakna bermulalah episod baharu di dalam kehidupan kita. Selepas 365 hari mengharungi tahun 2016, kita pasti telah dapat menilai pencapaian yang diperoleh dan bermuhasabah dengan perkara-perkara yang boleh diperbaiki pada tahun berikutnya.

Pada tahun ini, Persatuan Perlis Kuala Lumpur mencapai usia 43 tahun sejak idea penubuhan dizahirkan pada tahun 1974. Berkat sokongan dan komitmen daripada seluruh ahli, maka persatuan yang kita cintai ini terus kekal relevan hingga kini. Kita juga amat berterima kasih dan menghargai jasa dan budi semua pemimpin terdahulu yang telah menerajui persatuan dengan baik dan membanggakan kita semua. Semangat dan idealisme kepimpinan mereka akan sentiasa mekar dalam ingatan kita.

Sungguhpun jauh kita merantau namun ingatan kepada Negeri Perlis yang tercinta sentiasa subur di dalam sanubari. Oleh itu, kita berdoa agar negara Malaysia amnya dan Negeri Perlis khasnya sentiasa aman, makmur dan sejahtera.

Persatuan Perlis Kuala Lumpur akan terus komited pada tahun 2017 untuk meneruskan aktiviti-aktiviti bagi mengeratkan silaturahim dalam kalangan kita. Harapan persatuan adalah sokongan dan komitmen padu dari semua ahli untuk terus menjayakan setiap aktiviti yang dirancang. Pihak Persatuan sentiasa mengalu-alukan pandangan dan nasihat daripada semua pihak demi kejayaan Persatuan Perlis Kuala Lumpur.

Akhir sekali, Persatuan Perlis Kuala Lumpur mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2017 kepada semua. Semoga setiap usaha kita akan sentiasa diberkati.

KALENDAR PPKL

December 2021
S M T W T F S
1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31