HARI KEPUTERAAN RASMI  SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG TAHUN 2020

 
1. Malaysia adalah salah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta  berupaya merealisasikan aspirasi Perlembagaan Persekutuan dengan kehendak dan keperluan seluruh masyarakat yang majmuk ini.
 
2. Kita bersyukur dan menghargai kemajuan serta keharmonian Malaysia di bawah pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (SPB YDPA).
 
3. Perlembagaan Malaysia menetapkan SPB YDPA sebagai Ketua Negara yang digilirkan dalam kalangan sembilan Raja-Raja Melayu.
 
4. Jawatan SBP YDPA wujud hasil daripada perakuan Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan. Cadangan jawatan Yang di-Pertuan Agong timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat cuba menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu. 
 
5. Kedaulatan SPB YDPA diperteguhkan apabila Rukun Negara yang menjadi falsafah nasional digubal, dengan meletak kedaulatan raja sebagai Prinsip Kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.
 
6. Hari ini, 8 Jun 2020 adalah Hari Keputeraan Rasmi SPB YDPA, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah. Mulai tahun 2021 dan sepanjang tempoh pemerintahan Al-Sultan Abdullah, Hari Keputeraan Rasmi SPB YDPA ditetapkan pada Isnin pertama, bulan Jun setiap tahun.
 
7. Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL), seluruh ahli dan anak-anak Perlis di Lembah Klang mengucapkan Selamat Hari Keputeraan Tuanku. Semoga Tuanku dilanjutkan usia dan memerintah Malaysia dengan adil dan sejahtera. Raja dan Rakyat Berpisah Tiada merupakan ikatan murni kedaulatan raja yang sentiasa kita pelihara.