PPKL FC kalahkan Pilihan Langkawi

Tahniah kepada Pasukan PPKL FC yang berjaya memenangi perlawanan bola sepak persahabatan dengan Pasukan Pilihan Langkawi. PPKL FC menang bergaya setelah menewaskan pasukan tuan rumah dengan jaringan gol 2 - 1. Pertandingan bola sepak persahabatan tersebut yang diadakan di Stadium LADA, Langkawi menjadi platform bagi PPKL menggilap bakat dan minat sukan kegemaran berkenaan dalam kalangan ahli-ahli PPKL disamping merapatkan silaturahim.


PPKL mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan tajaan bagi menjayakan perlawanan bola sepak persahabatan ini. Semoga kejayaan ini akan menjadi momentum kepada kecemerlangan PPKL FC.