Faiz Subri Menang FIFA Puskas Award 2016
Seperti dijangka dan diduga Faiz Subri memenangi FIFA Puskas Award 2016 hasil undian rakyat Malaysia dan peminat bola sepak seluruh dunia, sekaligus mencipta sejarah dalam bola sepak Malaysia.
Ini adalah anugerah tertinggi yang pernah diterima oleh pemain bola sepak Malaysia hasil sepakan fizik percuma yang menjadi viral di seluruh dunia. Sedia maklum FIFA telah membenarkan Faiz Subri untuk mengenakan busana Melayu. Namun keadaan cuaca yang sejuk di bawah paras beku membuatkan beliau melupai hajat tersebut. Faiz menewaskan dua lagi calon Daniuska Rodríguez dari Venezuela daN Marlone dari Brazil dengan kemenangan selesa. Apapun tahniah diucapkan kepada Faiz Subri diatas kejayaan yang penuh bersejarah ini. Kepada sesiapa yang belum menyaksikan jarigan tercantik tersebut, sila klik video di bawah:-
Sumber : thesukan.com